Monday, June 22, 2009

kenapa aku penat bekerja??!!

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu
banyak tekanan dalam
hidup,akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real
reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang
lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang .

1.7 juta darinya sudah bersara.

Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal 20 j uta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej, universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja
kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) fasal diorang nie nak kerja macam mana...
tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang
menganggur dan tak der kerja suri rumah, pekerja yang kena VSS,
orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan
sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh
Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau
hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti
di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG masih
duduk depan komputer, main internet, main games, reading
jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja
langsung...

jadi tinggallah Aku sorang yang buat
kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk
kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya,
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

*just want to share!! enjoy!

Sunday, May 24, 2009

MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PAPAR



Saturday, May 2, 2009

BTN DI BALUNG ECO RESORT, TAWAU.. ( 24.04 - 28.04.09 )